Saturday, October 2, 2010

bisikku

Leka aku menghayati kehidupan di dunia ini,

Warna yg berbagai-bagai mengindahkan lagi suasana di dunia yang fana ini,

Langkah terhenti sejenak terkenangkan kenangan lalu yang tak sudah2 menggeletek hati ini

Berbagai rancangan dan impian yang ingin dikecapi tapi hanya tinggal kenangan,

Tiba-tiba sepi menyelubungi diri, terasa akan semacam tujahan yang keras membelengu otak pemikiran ini

Adakah aku hanya bersendiri?? masih adakah teman2 disisiku?.bisik hati kecilku.

Aku sudah banyak mensia2kan waktu yang sepatutnya indah tapi aku tersilap langkah jua akhirnya..

Bahagia yang selalu diimpikan seakan tidak mahu terus bersama denganku..kenapa?

Adakah perlu untuk aku menipu diri sendiri semata-mata untuk mengecap bahagia yang aku impikan?

Apa yang aku mahu sebnarnya??

Apa yang aku mahu adalah setiap impianku itu bukan impian tapi ia kenyataan..

No comments: